Terma dan Syarat
Peraduan “Daftarlah Alamat Nombor Telefon Bimbit & E-mel Anda” ini adalah terbuka hanya kepada ahli dan pemegang utama Tesco Clubcard & Biz Clubcard sahaja. Pekerja dan kakitangan Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd ("Tesco"), ahli keluarga terdekat, agensi pengiklanan pengelola program, pekerja-pekerja serta keluarga terdekat adalah tidak layak untuk menyertai peraduan ini.
Hanya nombor telefon bimbit atau alamat e-mel yang baru didaftar bagi setiap nombor Clubcard utama dalam tempoh peraduan melayakkan anda untuk satu penyertaan sahaja di dalam peraduan ini.
Pemegang kad sampingan dan alamat e-mel sedia ada yang telah mendaftar tidak layak untuk menyertai peraduan.
Nombor telefon bimbit atau alamat e-mel yang sudah didaftar sebelum atau selepas tempoh peraduan adalah tidak layak untuk menyertai peraduan ini.
Cabutan bagi pemenang akan dibuat secara elektronik selepas peraduan tamat. Peserta peraduan mesti menjawab soalan kelayakan dari pihak Tesco dengan tepat bagi mengesahkan kemenangannya.
Tesco akan menghubungi peserta yang nombornya terpilih secara E-cabutan melalui telefon atau surat. Jika pemegang kad tidak dapat dihubungi selepas 3 kali atau pemegang kad gagal untuk menjawab soalan kelayakan dengan tepat, beliau akan tersingkir dari peraduan dan nama pemenang lain akan dipilih berdasarkan senarai E-cabutan yang berikutnya.
Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan pemenang tersingkir dari peraduan, dan pemenang gantian yang tersenarai akan dipilih sebagai pemenang.
Tesco berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama atau lebih.
Pihak Tesco berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma peraduan pada bila-bila tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
Peserta yang menyertai peraduan ini adalah bersetuju dengan segala terma dan syarat serta akur dengan keputusan pihak hakim. Semua keputusan adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.
Pihak Tesco berhak meggunakan gambar pemenang/nama/maklumat atau hal-hal berkaitan untuk tujuan pengiklanan, promosi Clubcard dan sebagainya tanpa meminta kebenaran daripada atau notis kepada para pemenang.
Tesco, pekerja, majikan, promoter, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan peraduan ini. Penyertaan peserta / promosi ini adalah dibawah tanggungjawab para peserta itu sendiri. Para peserta mananggung segala liabiliti untuk kehilangan ,kecederaan, kerosakan , tuntutan yang mungkin akan terjadi daripada penyertaan dalam peraduan ini atau daripada penggunaan atau penembusan hadiah.
Semua cukai persekutuan, negeri atau tempatan yang berkaitan dengan hadiah yang ditawarkan adalah dibawah tanggungjawab para pemenang.
Peraduan ini merujuk kepada undang-undang / peraturan tempatan.
Semua maklumat yang terkandung dalam bahan promosi, termasuk syarat-syarat penyertaan dan tuntutan hadiah adalah sebahagian daripada terma dan syarat peraduan.
Terma dan Syarat ini terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika terdapat percanggahan dan keraguan, penggunaan Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris adalah terpakai.
Tesco, pekerja, majikan, promoter, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan peraduan ini. Penyertaan peserta / promosi ini adalah dibawah tanggungjawab para peserta itu sendiri. Para peserta mananggung segala liabiliti untuk kehilangan ,kecederaan, kerosakan , tuntutan yang mungkin akan terjadi daripada penyertaan dalam peraduan ini atau daripada penggunaan atau penembusan hadiah dan/atau Baucar.
Saya telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat.